Selasa, 12 Mei 2009

RAYU TUANKU SULTAN BUBARKAN DUN PERAK

Salam..

Tak sampai 24 jam keputusan mahkamah semalam dikeluarkan. Keputusan mahkamah rayuan untuk penangguhan keputusan semalam dah keluar. Mahkamah express. Sape la hakimnye agaknye? Sekali lagi terbukti UBN takut pilihanraya diadakan. UBN takut pada suara rakyat. UBN cuba menghalang suara rakyat. UBN takut pada demokerasi yang mereka agung2 dulu. Bagi UBN demokerasi sudah tidak wujud di Malaysia. Undang2 penjajah diguna pakai semula oleh mereka.

TUANKU SULTAN PERAK. Patik sembah rayu agar DUN Perak dapat dibubarkan walau pun keputusan Mahkamah Rayuan hari ini [12/05/2009] menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam [11/05/2009] bahawa DS Nizar masih sah sebagai Menteri Besar Perak.

Kami Hamba rakyat amat berharap TUANKU dapat berbuat demikian bagi menjernihkan keadaan yang telah menjadi semakin keruh baru-baru ini.

Keputusan pembubaran DUN Perak ini bukanlah bererti sokongan politik TUANKU kepada Pakatan Rakyat. Tetapi, sebagai jalan penyelesaian yang paling berkesan buat hamba rakyat. 

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas TUANKU dan memberikan Taufiq & Hidayah kepada TUANKU semoga keputusan TUANKU adalah keputusan terbaik buat rakyat Perak.

Semoga ALLAH bersama kita.

Amin..

Jumaat, 8 Mei 2009

POLIS JANGAN CAMPUR HAL POLITIK

Tengok pada peristiwa yg berlaku di DUN perak semalam, berbagai-bagai perasaan yg timbul dlm diri kita. Sedih, marah, benci, tidak kurang juga dgn lawak dan jenaka yg melucukan.

Entah? Apa nk jadi dgn Malaysia, Perak khususnya. Tapi, bukan itu yg aku nk bincangkan kat sini. Aku cuma nak komen pasal abang2 & kakak2 polis kita.

Apa nk jadi dgn hangpa. Hangpa kadang2 aku rasa tak ubah mcm "Askar Upahan Zaman Penjajah" yg dibawa masuk dari India. Ikut aje ape yg disuruh oleh BOSS hangpa. Tak kira bende tu baik ke buruk ke? Dah mcm kerbau dicucuk idung..

Abang2 & kakak2 polis. Nasib baik aku bukan polis. Kalau aku polis, aku memang malu sangat dgn tindakan2 yg korang lakukan. 

Abang2 & kakak2 polis. Negara kita dah merdeka, bukan zaman penjajah lagi. Kita mengamalkan demokerasi. Bukan siapa yg "DEMO-DIKERASI". Kalau setakat org pakai hitam pun dah kene tangkap tu demokerasi ape namanya? Org duduk dlm kedai kopi pun kene tangkap, apa namanya tu?

Abang2 & kakak2 polis. Aku harap hangpa2 semua ada kesedaran sivik sikit la. Fikir dulu sebelum ikut je telunjuk BOSS2 hangpa tu. Aku rasa kalau aku jadi polis la, mungkin aku tak layan benda2 mcm ni. Aku sekadar pergi sana je, pastu duk diam2 korek idung lagi baik.

Abang2 & kakak2 polis. Sedarlah, jenayah semakin berleluasa di negara kita ini. Tugas polis adalah membenteras jenayah, mengembalikan keamanan. Bukan tangkap ahli2 politik, tangkap org ramai. Ahli2 politik tahu apa yg mereka buat. Mereka juga mcm hangpa jugak ada tugas, utk keamanan & kesejahteraan negara. Bukan mereka hendak menghancurkan negara. Mereka jadi wakil rakyat utk "membela" rakyat. bukan utk "membedal" rakyat.

Abang2 & kakak2 polis. Sedarlah, rezeki itu ALLAH yg bagi bukan BOSS2 hangpa yg bagi.

Lu Fikirlah Sendiri...(pinjam ayat nabil)

Khamis, 7 Mei 2009

JAHANAM UMNO! JAHANAM BN! ALLAHU AKBAR!!!

Sekali lagi BN/UMNO merampas kuasa.

Selepas merampas kuasa MB & Exco PR.

Kini mereka merampas kuasa Speaker.

Benar-benar BN/UMNO adalah anak didik tinggalan penjajah.

Bilakah BN/UMNO hendak mengikut undang-undang.

Adakah mereka rasa mereka boleh melanggar undang-undang kerana mereka anggap mereka yang menggubal undang-undang tersebut.

Undang-undang ciptaan yang mereka sanjung & puja selama ini, telah dipijak-pijak oleh mereka sendiri.

Bagi mereka undang-undang yang mereka gubal adalah untuk diikuti jika ada kepentingan.

Bagi mereka undang-undang yang mereka gubal adalah untuk menghalang kebangkitan suara-suara rakyat yang menentang mereka.

Adakah mereka rasa, Malaysia milik mereka sahaja?

Kami juga penduduk tetap yang lahir dang tinggal di tanah ini sejak datuk-moyang kami.

Apa yang rakyat patut lakukan untuk menolak kezaliman BN/UMNO ini?

Demokerasi hanyalah kata-kata kosong.

Apakah demokerasi sudah tidak layak dihidupkan lagi?

Memang benar...

Suara demokerasi hanyalah layak untuk orang yang rasa mereka boleh berkuasa dengan demokerasi.. tapi bila demokerasi tidak menyebelahi mereka.. tiada makna demokerasi bagi mereka.. seboleh-bolehnya mereka mahu tutup kesemua pintu-pintu demokerasi yang pernah mengangkat mereka sebelum ini.

Memang benar..

Ketentuan ALLAH adalah lebih besar dari suara demokerasi. Mungkin Allah tidak merestui demokerasi ala penjajah ini. 

Kembalilah kepada ALLAH. 

Kembalilah kepada ALLAH.

Kembalilah kepada ALLAH.

YA ALLAH KAMI SERAHKAN JIWA DANG RAGA KAMI KEPADA MU YA ALLAH.

KERANA IA MEMANG MILIK MU YA ALLAH.

YA ALLAH KAMI SERAHKAN KETENTUAN NEGERI PERAK INI KEPADA MU YA ALLAH.

KEMBALIKANLAH KEADILAH DAN KEAMANAN KEPADA KAMI YA ALLAH.

AMIN, YA RABBAL'ALAMIN...

Selasa, 10 Februari 2009

TAKZIAH

9 Feb 2009, Isnin. Ahli Parlimen Bukit Gantang Ustaz Roslan Shahrum, telah kembali ke rahmatullah. Saya menziarahi jenazah dikediaman Allahyarham. Rasa sebak bila melihat apabila ribuan orang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham. Menunjukkan Allahyarham adalah orang yang sangat disenangi oleh masyarakat semasa hayatnya. Takziah buat keluarga Allahyarham. Al-Fatihah buat beliau, semoga ditempatkan dikalangan orang yang dirahmati Allah. Amin..

Jumaat, 6 Februari 2009

YA ALLAH.. TUMBANGKAN BARISAN NASIONAL

Ya Allah Ya Tuhan Kami..

Yang Maha Besar.. Pencipta dan Penguasa Alam..
Tiada yang lebih berkuasa melainkan Engkau Wahai Tuhanku..
Tidak siapa yang dapat berkuasa melainkan dengan keizinan-Mu..

Ya Allah kami sembahkan keampunan-Mu..
Kami sedar, kami sering lalai dan selalu berdosa Ya Allah..
Ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah..
Ampunilah kami jika kami terlambat bertaubat kepadaMu Ya Allah..
Ampunilah kami jika kami lalai dengan kurnian rezeki dan nikmat yng Engkau berikan kepada kami Ya Allah..
Ampunilah kami jika kami lupa untuk bersyukur kepadaMu Ya Allah..
Kami mengaku, kamilah hamba yang hina dan tak berdaya tanpa Kudrat dan Iradat Mu Ya Allah..
Terimalah Taubat Kami Ya Allah.. Yang Maha Pengampun..

Ya Allah dengarkanlah rintihan kami Ya Allah..


Tumbangkanlah kerajaan & parti Barisan Nasional keseluruhannya Ya Allah..
Tumbangkanlah kerajaan & parti Barisan Nasional keseluruhannya Ya Allah..
Tumbangkanlah kerajaan & parti Barisan Nasional keseluruhannya Ya Allah..
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui apakah dosa yang telah mereka lakukan..
Kami tidak berdaya melawan mereka tanpa kekuatan dan sokongan dariMu Ya Allah..


Cukuplah Engkau sahaja bagi kami Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja bagi kami Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja bagi kami Ya Allah..


Engkau sahajalah yang dapat menghancurkan mereka...
Tukarkanlah pemimpin-pemimpin dan kerajaan negeri dan negara kami dengan pemimpin yang beriman dan bertakwa kepadaMu Ya Allah..
Kuatkanlah Iman dan Takwa mereka Ya Allah..
Kuatkanlah Iman dan Takwa kami Ya Allah..

Kurniakanlah Taufiq dan Hidayah Mu kepada Kami Ya Allah..Kurniakanlah Taufiq dan Hidayah Mu kepada Kami Ya Allah..
Kurniakanlah Taufiq dan Hidayah Mu kepada Kami Ya Allah..
Agar kami tidak terleka dan tidak terkerluar dari landasan perjuangan yang Engkau Redhai ini Ya Allah..

Ya Allah dengarkanlah rintihan hambaMu yang hina ini Ya Allah..
Ya Allah dengarkanlah pengharapan hambaMu yang hina ini Ya Allah..
Ya Allah terimalah doa hambaMu yang hina ini Ya Allah..
Ya Allah Yang Maha Mendengar.. Yang Mengabulkan doa kami..

Cukuplah Engkau sahaja bagi kami Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja bagi kami Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja bagi kami Ya Allah..

Terimalah Doa kami Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...

Amin.. Ya Rabbal'alamin...